Part 2: Lasik, Operation Day
29/03/2018 (OPERATION DAY)
Sambungan dari entry aku sebelum ini..Ini adalah hari yang ditunggu aku iaitu hari yang aku dah
tak perlu pakai spec yang sudah 12 tahun selama ini menemani aku. Pada pukul
8.00 pagi, aku sudah berada di IIUM MEDICAL CENTRE. Selepas register, aku
disuroh pergi ke Optometry Department. Tidak sampai 10minit, namaku dipanggil
beserta 3 lagi patient. Selepas membuat baki pembayaran iaitu Rm4876.60(cash),
aku bersiap sedia untuk di operate memandangkan aku adalah patient pertama.
Mulanya nurse menyapu ubat disekitar mata, dan memberi ubat titis dimana ini
adalah ubat kebas(agak pedih), dan meletakkan cotton disekitar mata untuk menghalang
air mata memasuki bahagian telinga. Masuk bilik operate, Doc senyum dan aku
dibaringkan. Di dalam bilik operate terdapat 2 mesin besar disertai nurse/techinian
sebanyak 4 orang. Selepas dibaringkan tugas aku adalah untuk mengikut segala
arahan dari Doc.
Doc akan pasakngkan alat untuk memastikan mata kita kekal terbuka, so tak perlu risau andai mata bekerlip. Doc akan sentiasa membasuh mata kita jadi jangan risau andai mata anda berair. Pertama, aku disuruh melihat cahaya hijau yang betul2 berada di anak mataku dan aku harus kekal bertenang disebabkan lampu itu akan mulai kabur. Selepas itu, Doc akan menolak lagi aku untuk masuk kebahagian kedua dimana disini mataku start di laser. Disini aku boleh bau terbakar seperti rambut terbakar dan mataku seolah buta dan aku langsung tidak nampak apa2. Tapi keadaan ini cuma dalam 3 saat sahaja dan aku boleh rasa di cornea mataku ditusuk sesuatu. Tapi, jangan risau sebab tak rasa apa2 pon cumalah rasa seperti ada something. Lepas mata kanan selesai, kaedah ini digunakan untuk mata kiri pulak. Stage One, Done!!

Dimesin kedua, aku tidak perlu berjalan, sebab nurse yang
akan sorong kita. Jadi dimesin kedua, Doc kata tak perlu risau sebab stage 1
itu yang penting. Stage ke2, nie tak ada apa2 pon. Sama jugak processnya aku
disuroh untuk melihat cahaya dikawasan anak mata. Tapi unutk stage ini, Doc
sudah tidak menyentuh mata. So, dekat sini tak rasa sakit Cuma kita harus kekal
focus melihat cahaya. Dimulakan dengan mata kanan dulu, then mata kiri. Stage
2, Done!!
Alhamdulilah, masa nak keluar bilik itu mata aku dah start nampak
tanpa perlu mengunakan cermin mata. Tapi, pandangan still tak clear dan nampak
kabur2 sedikit. So, dalam 9.00 pagi, mata aku siap dilasik. Didalam bilik
operate hanyalah selama 20 saat, untuk kedua2 mata .Diingatkan, patient haruslah
membawa cermin mata hitam disebabkan mata anda tidak boleh lagi terkena cahaya
matahari, mata akan rasa silau sesangat dan bawaklah seseorang untuk drive,
sebab anda memang susah untuk focus.
Aku balik bilik terus tidur. Sebabkan mata sudah start rasa
tidak selesa. So, dalam 2@3 jam aku tidur, bangun tue mata aku start berair
tanpa henti. Sakit dia, perghhh!! Tak boleh nak cerita disebabkan ubat bius sudah
tidak berkesan. Mata aku bengkak nagis macam baru lepas mati laki.. So, satu
hari itu aku banyak tidur je, sebab mata still tak leh bukak sangat tapi
pandangan dah better skit. Diingatkan, masa tidur kena pakai Eyes patch disebabkan
takut kalua anda menggosok mata sengaja/tidak sengaja masa tidur (jangan
wooiiii), Dilarang sama sekali jari berada di kawasan mata sesudah lasik.
Itu sahaja pengalaman lasik aku di UIA Kuantan. Mata aku sekarang sudah 100% clear, cuma
masih perlu consume ubat titis selama sebulan. Bersyukur sangat sebab aku dah
boleh hiking, campaign tanpa menggunakan spec lagi. Leceh weii buat aktiviti
lasak pakai spec..:(

Salam nak tanya, bukan awk buat femto lasik yg rm7000 tu kan? Kenapa bayar dalam 5000 lebih include rm300 masa second assessment?
ReplyDeletenak tanya apa beza ketiga tiga tu
ReplyDeleteBest bets for soccer today - Sports Toto
ReplyDeleteToday, we're going to tell you a few 토토 사이트 key jancasino to checking into soccer betting apps. 안전 놀이터 of the 출장마사지 most popular soccer betting 토토사이트 options and which ones will